Cadangan bersara umur 65 tahun sekadar pandangan peribadi saya
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said tampil menjelaskan berhubung cadangannya untuk menaikkan had umur persaraan yang kini menjadi perbincangan hangat ramai.
Azlina berkata, cadangan had umur persaraan daripada 60 kepada 65 tahun hanyalah pandangan peribadinya sahaja dan bukan mewakili kerajaan.
Beliau juga menghormati pandangan dan kritikan daripada kalangan warga maya apabila laporan mengenai kenyataannya itu disiarkan semalam.
“Tidak, ia sekadar pandangan peribadi daripada pemerhatian saya, saya tidak mengetahui sekiranya kerajaan nak melihat sama ada memilih sesetengah atau semua (pekerja) atau sesetengah industri.
“Saya tahu netizen ramai, ada yang suka ada yang tak suka tak apa lah ia sekadar pandangan tetapi saya dimaklumkan di Singapura dan Brunei 65 (had umur persaraan),” katanya kepada media hari ini
Menurut World Economic Forum, Norway merupakan antara negara yang meletakkan had umur pada usia 67 tahun manakala Arab Saudi pula pada 47 tahun untuk usia layak bersara.
BACA JUGA Lebih 20 bulan satu pelaburan pun tak masuk lagi di SG4, apa dah jadi?