Mujur ustazah lalu, ramai nasihat guru jangan ‘gila’ TikTok

Reaksi seorang guru lelaki yang terkejut apabila ada ustazah lalu di belakangnya ketika dia ‘main’ TikTok dilihat mengundang kecaman orang ramai.

Kritikan warganet itu susulan guru muda yang lengkap berbaju Melayu berkenaan boleh pula menari di dalam bilik guru.

Rata-rata risau dengan perangai sesetengah guru yang terikut sangat trend TikTok dengan menari terkinja-kinja kerana disifatkan memberi contoh tidak baik kepada murid-murid.

Walaupun atas alasan meredakan tekanan kerja dan mungkin dilakukan di luar waktu mengajar, ramai menasihatkan supaya golongan guru menjaga maruah diri serta profesionalisme mulia sebagai pendidik.

Malah, ada yang secara sinis mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) menambahkan lagi beban kerja kepada guru muda terutamanya yang dilihat mempunyai banyak benar masa lapang.

Tidak kurang juga yang berdoa agar anak-anak mereka di sekolah masing-masing tidak mempunyai guru yang ‘gila’ main TikTok.

“Entahlah terikut dengan trend sebegini. Kita ada akal fikiran yang waras. Guna sebaiknya. Tunjuk contoh yang baiklah,” nasihat Ashraf Solihin.

“Nak buat kat public malu, tapi dah buat post di media sosial tak malu pula. Aneh-aneh orang sekarang ni,” kata Ridzuan Astakona.

“Macam banyak masa lapang. Bolehlah bagi kerja ad hock kat dia ni banyak sikit,” cadang Ariffin Sama.

BACA JUGA MP PN ini tanya pasal PADU dan takrif T15, netizen ‘sembur’ kait surat layang