Ini senarai bonus penjawat awam untuk tahun 2025, negeri mana paling rendah?
Pengumuman bonus penjawat awam bagi tahun 2025 menyaksikan perbezaan ketara antara negeri, mencerminkan pendekatan dan keupayaan kewangan masing-masing dalam menjaga kebajikan kakitangan kerajaan.
Sesetengah negeri menawarkan gabungan bonus raya dan bantuan khas yang besar, manakala ada juga yang hanya mengumumkan bayaran minimum atau bergantung kepada dana Persekutuan.
Berikut ialah senarai penuh negeri-negeri dan jumlah bonus yang diumumkan setakat 22 Mei 2025, memetik infografik ISLAH.

Melihat kepada senarai di atas, negeri Kelantan dan Terengganu merupakan antara yang paling rendah dari segi jumlah keseluruhan bonus, masing-masing hanya mengumumkan bonus raya sebanyak RM500. Tiada bantuan khas atau bonus tahunan.
Terengganu pula sekadar menyampaikan bantuan yang disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Situasi ini menandakan sejauh mana kecekapan dan keutamaan pentadbiran negeri dalam mengurus hasil negeri serta menghargai khidmat penjawat awam.
Negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Sarawak dan Johor terus konsisten menyalurkan dua bulan gaji sebagai penghargaan, mencerminkan pengurusan kewangan yang lebih tersusun dan berpihak kepada penjawat awam
BACA JUGA Ini dia perbezaan mengurus kewangan di negeri PN yang agak mengejutkan