Kemunculan Rafizi di kongres disambut laungan reformasi

Kemunculan Rafizi Ramli di Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada malam ini disambut dengan laungan reformasi yang bergema seluruh dewan.

Kehadiran beliau itu di tengah-tengah khabar yang mula tersebar bahawa beliau tidak dapat mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden.

Pun begitu kehadirannya disambut dengan sorakan anggota ketika menuju ke pentas utama.

Menggayakan baju Melayu berwarna biru muda, Rafizi mengambil tempat duduk di sebelah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi yang dilaporkan media-media mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu tewas kepada Nurul Izzah.

Tidak pasti bila keputusan rasmi akan diumumkan.

BACA JUGA Keputusan tak rasmi Rafizi kalah Timbalan Presiden?