Keputusan tak rasmi Rafizi kalah Timbalan Presiden?
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dikatakan gagal mempertahan jawatan yang disandangnya dalam pemilihan parti yang berlangsung hari ini.
Beberapa laporan media melaporkan keputusan tidak rasmi yang menyaksikan Rafizi tewas kepada pencabarnya, Nurul Izzah.
Menurut sumber yang dipetik New Straits Times, setakat jam 7.15 malam tadi Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi berbanding Rafizi yang hanya meraih 3,866 undi.
Bagi jawatan Naib Presiden PKR, keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan kemenangan berpihak kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada tangga pertama manakala Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan pada tangga kedua.
Difahamkan keputusan rasmi akan diumumkan selepas ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 9 malam nanti.
BACA JUGA Ini senarai bonus penjawat awam untuk tahun 2025, negeri mana paling rendah?