Padah hantar gambar tak senonoh, pempengaruh ‘CEO Batu’ ditahan polis
Padah menghantar gambar lucah kepada seorang gadis bawah umur berusia 14 tahun, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu kini dilaporkan telah ditahan pihak polis.
Kegiatan tidak senonoh pempengaruh itu terdedah selepas penyanyi rap, Caprice memuat naik tangkap layar perbualan lelaki itu dengan budak perempuan tersebut.
Selepas terkantoi, pempengaruh berkenaan mendakwa gambar tersebut sepatutnya dihantar kepada seorang wanita yang merupakan kekasihnya.
Menurut kenyataan polis, ‘CEO Batu’ dipercayai telah menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah menahan pempengaruh lelaki berusia 22 tahun itu.
“Suspek disyaki telah menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu
“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA JUGA Keputusan tak rasmi Rafizi kalah Timbalan Presiden?