Tandus idea bangunkan negeri, ini sebab Pas hanya nak buat papan tanda pasal LGBT

Seorang rakyat Kelantan menyifatkan kerajaan Pas tandus idea dalam membangunkan negeri itu sebaliknya sibuk mahu menaikkan papan tanda amaran berkaitan amalan homoseksual.

Aman Muhammad menerusi hantaran di Facebook berkata, selain peningkatan kes HIV LGBT di Kelantan, turut sama meningkat ialah kes zina, rogol, cabul, sumbang mahram di Kelantan.

“Bahkan, Kelantan juga catat kes dadah tertinggi di Malaysia.

“Tapi kenapa Pas hanya nak buat papan tanda pasal LGBT sahaja?

“Kenapa Pas tak nak buat pasal dadah dan zina juga? Sebab ada mileage politik, Pas bukan buat sebab Islam pun,” katanya.

Beliau berpendapat kerajaan Kelantan hanya mampu menaikkan papan tanda amaran berkaitan amalan homoseksual bukannya membangunkan negeri.

“Pas ketandusan idea nak bangunkan negeri, itu sahaja yang mereka mampu lakukan, sebab tu ramai rakyat Kelantan terjebak jenayah dan rosak akhlak, akibat kegagalan Pas memerintah Kelantan,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, media melaporkan kes penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di Kelantan disifatkan sangat membimbangkan dengan trend peningkatan dari segi jumlah tangkapan, reman dan sabitan sejak 2022 sehingga tahun ini.

Kelantan dengan populasi 1.8 juta penduduk merekodkan kira-kira 23,000 kes penyalahgunaan dadah.

Rekod tersebut berdasarkan data yang diperoleh melalui empat sumber utama iaitu Kementerian Kesihatan, Narkotik Bukit Aman, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pusat pemulihan dadah.

Lima daerah tertinggi yang mencatat kadar tertinggi kes berkaitan dadah di Kelantan ialah Jeli, Kuala Krai, Bachok, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Selain Kelantan, tiga negeri mencatat kadar tertinggi kes berkaitan dadah adalah Kedah, Perlis dan Terengganu.

BACA JUGA Cemas muka anak jadi biru, rupanya belon punya angkara