Apa berlaku kepada Pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu…
Selepas Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur sudah tidak sebagaimana dahulu lagi, kini Pasar Wakaf Che Yeh pula menuruti keduanya.
Kalau dahulu, hiruk pikuk dengan peniaga dan pelanggan yang memenuhi Wakaf Che Yeh seawal jam 4 pagi, kini suasana itu sudah tidak ada lagi.
Ia umpama pasar tanpa pelanggan dan juga peniaga, sunyi sepi.
Pasar Wakaf Che Yeh yang dahulunya pusat tumpuan membeli belah kepada pengunjung dan rebutan untuk para peniaga kini hanya tinggal kenangan nostalgia.
Hanya ada satu, dua tapak niaga yang digunakan oleh peniaga.
Rakaman TikTok di akaun @rahmizey menunjukkan betapa Pasar Wakaf Che Yeh kini lebih menyerupai projek gajah putih yang gagal dibangunkan oleh kerajaan Kelantan pimpinan Pas.
BACA JUGA: Wanita tak puas hati kereta kena ‘clamp’ hanya kerana tayar terkeluar petak parkir