Dalam senarai negara paling berkuasa, Malaysia nombor berapa?

Menurut tinjauan US News & World Report, negara paling berkuasa di dunia pada tahun ini adalah Amerika Syarikat dan diikuti oleh China.

Malaysia turut tersenarai di dalam senarai ini di tangga ke 43 dalam senarai 50 negara paling berkuasa.

Negara di Asia Tenggara yang turut tersenarai ialah Singapura di tangga ke-23.

Vietnam pula di tangga ke-30 manakala Indonesia di tangga ke-35 dan Thailand di tangga ke-39.

Filipina pula di tangga ke-49.

Antara faktor -faktor yang menjadi penentu dalam kedudukan negara-negara di dalam senarai ini ialah kekuatan tentera, kekuatan ekonomi, pengaruh budaya, pakatan ketenteraan, pakatan antarabangsa, pengaruh politik, pengaruh ekonomi dan kepimpinan.

Keluaran Dalam Negara Kasar turut memberi gambaran kekuatan ekonomi negara tersebut.

BACA JUGA: Pesanan Anwar kepada Nurul Izzah dan Rafizi