TMB Kelantan dakwa ekonomi kita menguncup, sebab itu Rantau Panjang jadi mangsa
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan mendakwa penguncupan ekonomi negara telah memangsakan ekonomi dan perniagaan di Rantau Panjang.
Beliau berkata demikian di sesi forum Kelantan Future State: Membina Senario masa depan yang real yang dianjurkan oleh Urus setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN).
“Dulu-dulu kenapa suka pergi ke Rantau Panjang. Beli barang dari Thailand. Beli dengan harga murah kerana duit kita as compared to Baht Thailand duit kita lebih mahal.
“Sekarang ini Baht Thailand daripada kita, what is the point of buying at Rantau Panjang which is higher?
“Better you go to Thailand. You beli sendiri kat sana. Dapat melancong lagi. Yang kena tempiasnya ialah peniaga-peniaga kita di Rantau Panjang. Itu sebab banyak kedai tutup. Sebab mereka pergi sendiri ke sebelah sana.
“Ini adalah perkembangan semasa. Sebab itu apabila difikirkan the future state of Kelantan, antaranya driving force adalah suasana ekonomi negara.
“Dulunya orang suka berbelanja di Kelantan dan sekarang tidak lagi, sebab kemuncupan ekonomi negara.
“Dalam masa sama, wang kita jauh lebih rendah dan sebagainya. Itu memberi kesan kepada rakyat Kelantan yang suka berniaga. Punca mereka adalah daripada Thailand.
“Ramai restoran yang dibuka, pekerja dari Thailand. Nanti duit kita jauh lebih rendah daripada baht Thailand, adakah mereka sanggup datang ke Kelantan untuk bekerja?
“Pendapatan mereka lebih kecil daripada wang mereka. Ini benda-benda yang terpaksa kita hadapi.”
BACA JUGA: Dua misi penting PKR, menurut naib presidennya