Tular guru marah, aibkan murid: Ini penegasan Menteri Pendidikan

Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat insiden seorang guru didakwa memalukan seorang murid sekolah rendah di hadapan rakan sehingga memberi kesan emosi terhadap kanak-kanak berkenaan.

Menteri, Fadhlina Sidek, berkata hal tersebut amat dikesali lebih-lebih lagi rakaman berkenaan turut tersebar dan memberi impak besar kepada masyarakat.

Menurutnya, KPM akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi memberi tumpuan kepada isu ini.

“Guru sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa mengenai integriti dan etika sebagai penjawat awam walau apa juga isu yang terjadi.

“Saya juga yakin dan percaya ada ruang lebih selamat dan bersifat privasi untuk memastikan apa saja perbincangan dan isu dapat diselesaikan secara baik,” katanya, dipetik BH.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan untuk memperhalusi perkara itu dengan lebih serius kerana ia membabitkan integriti dan etika guru.

“KPM juga sebenarnya sudah berkali-kali mengingatkan kepada guru yang juga penjawat awam mengenai garis panduan sedia ada dan mematuhi etika serta integriti baik di dalam kelas, luar kelas dan media sosial sekali pun,” ujarnya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang murid sekolah rendah yang dimarahi beberapa guru di kantin sekolah.

Menerusi video itu, murid perempuan berkenaan dipaksa untuk mengaku perkara yang tidak dilakukannya.

Video itu dirakam dan kemudian diberikan kepada ibu murid berkenaan.

@ohnetizenofficial

Trauma beb budak tu kena confront dengan cikgu-cikgu dia 🥲 #OhNetizen #Viral #Fyp #viralmalaysia

♬ original sound – Oh Netizen! – Oh Netizen!

BACA JUGA Rantau Panjang malap bukan kerana negara tetapi pemimpin Kelantan