Ini sebabnya Sultan Brunei di IJN

Perdana Menteri mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ketika ini berada di Institut Jantung Negara (IJN).

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan baginda berasa keletihan dan mengambil keputusan untuk berehat di sana.

“Beliau berasa penat dan mahu berehat di IJN,” kata beliau ringkas menjawab soalan media pada sidang media penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hari ini.

Sultan Hassanal, 78, sebelum ini tidak kelihatan dan hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China petang tadi.

Baginda yang menaiki takhta pada 1967 merupakan pemerintah monarki paling lama di dunia dan juga antara individu terkaya dunia.

BACA JUGA Menteri perjelas ke mana penjimatan subsidi ayam disalurkan