Menjawab Lim Sian See: Nombor plat kereta Menteri Ekonomi

Oleh NAJIB BAKAR

Menjawab Lim Sian See berkenaan nombor plat kereta YB Menteri Ekonomi. Saya cerita dari awal hingga habis.

Bila jadi Menteri, mereka berkelayakan untuk dapat nombor plat istimewa. Mereka boleh pilih apa-apa nombor yang ada, tetapi nombor tersebut sebenarnya adalah hak milik Spanco.

Kereta yang YB Rafizi guna itu sebelum ini digunakan oleh Menteri lain, dengan nombor plat lain sebelum pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Apabila Menteri tersebut tidak lagi jadi Menteri, beliau beli nombor plat yang asal daripada Spanco.

Seseorang yang pernah jadi Menteri boleh beli nombor yang mereka guna dengan harga nominal, murah sahaja, cuma berharga dalam lingkungan tiga atau empat angka.

Jadi bermaksud, semasa YB Rafizi dapat kereta itu, beliau perlu pilih nombor yang baru untuk dipadankan dengan kereta tersebut.

Itu sahaja.

Kalau kereta tersebut dah ada nombor, sudah tentu beliau pun tak fikir nak nombor baru.

Kelayakan ini cuma khas untuk Menteri. Jadi, kalau ternampak kereta Timbalan Menteri, atau Ahli Parlimen single/double digit, itu bermakna mereka beli sendiri.

Faham, yang Lim Sian See mahu mewujudkan naratif seolah-olah YB Rafizi membazirkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk nombor plat kenderaan.

Cuma nak tanya saudara Lim, menteri-menteri pada zaman Najib Razak dulu tak guna nombor plat sebegitukah?

BACA JUGA Nasi kerabu jadi juara pertandingan kulinari sedunia