Penyertaan Adun DAP dalam taklimat MAINS agar mereka faham urusan agama Islam
Orang ramai menyifatkan langkah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mengajak Adun Bahau dari DAP, Teo Kok Seong menyertai taklimat mereka amat baik.
Ini kerana, ia bukan berupa mesyuarat tetapi taklimat yang membolehkan pemimpin DAP memahami agama Islam dan peraturan pelaksanaannya dengan baik.
“Ini satu tindakan yang baik. Dengan ini pemimpin DAP faham tentang Islam dan peraturannya serta sensitiviti umat Islam.
“Jadi dengan itu boleh mengelakkan pemimpin DAP dari membuat kenyataan atau tindakan yang tidak baik tentang Islam,” kata Mohd Nor Anwar yang mengulas langkah ini.
Baru-baru ini tersebar di media sosial, MAINS menjemput Exco Industri dan Hal Ehwal Bukan Islam Teo Kok Seong untuk mendengar taklimat mereka.
Ini sekaligus menangkis tohmahan yang dibuat dalam satu hantaran di laman Facebook, Friends of MB Terengganu yang mendakwa kehadiran Teo di dalam acara MAINS adalah sebagai pemantau agar tidak tersesat.
Aktivis media sosial, Edy Nor Redzuan pula berpendapat bahawa kehadiran Teo ialah pendekatan dakwah Pakatan Harapan di Negeri Sembilan kepada Adun bukan Islam.
“Teo bukan bukan wakil atau ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sejak PH mentadbir Negeri Sembilan kita ambil pendekatan dakwah menerangkan gambaran sebenar kepada Adun bukan Islam.
“Gambar ini, Teo hadir mendengar taklimat MAINS mengenai pengurusan Islam di Negeri Sembilan supaya Adun bukan Islam lebih faham dan dapat maklumat yang betul.
Menurut kenyataan media MAINS semalam, kehadiran anggota exco bukan Islam dibuat berdasarkan titah dan perkenan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
BACA JUGA: Menjawab Lim Sian See: Nombor plet kereta Menteri Ekonomi