Dakwaan ramai jamaah haji muntah darah akibat strok haba tidak betul

Dakwaan bahawa ramai jamaah haji yang muntah darah akibat strok haba di Mekah sekarang tidak benar.

Menurut laman yang disediakan oleh kerajaan Malaysia, Biar Betul, semakan melalui Tabung Haji mendapati, memang benar ada jamaah haji yang meninggal dunia tetapi buat masa sekarang bukan kerana cuaca.

“Ia bukan asbab kematian tetapi faktor-faktor lain termasuk serangan jantung,” kata Biar Betul.

Ada dakwaan di media sosial kononnya ramai jamaah haji muntah darah akibat strok haba 50 darjah celcius.

“Hati-hati itu palsu,” kata Biar Betul.

“Jangan tambah panik. Suhu di tanah suci tak setinggi yang didakwa.

“Pihak berwajib, termasuk Tabung Haji, sentiasa ambil langkah berjaga-jaga. Tak pasti? Jangan kongsi,” katanya.

BACA JUGA Menteri Agama arah penganjur henti program promosi LGBTQ, gesa polis segera siasat