Jepun bina tembok 12.5 meter halang tsunami masuk bandar, Malaysia diminta juga berusaha

Kerajaan Persekutuan dan Negeri di Malaysia diminta mencontohi Jepun dalam usaha untuk mempertahankan rakyat dan negara dari ancaman banjir dan ombak besar tsunami sebagaimana yang dilakukan oleh negara maju termasuk Jepun.

Bagi mereka, ini bukan usaha melawan ketentuan Allah tetapi manusia boleh berusaha untuk menghadapi ancaman keselamatan.

Di Jepun, tembok laut setinggi 12.5 meter atau 45 kaki telah dibina khusus untuk mengelakkan tsunami.

Ia dibuat selepas bencana pada 2011, “dinding tsunami” sepanjang 395 kilometer dengan belanja USD6.8 bilion (RM28.73 bilion) kini telah siap dibina.

Reka bentuk dinding boleh menahan ombak sehingga 16 juta tan air dan termasuk menanam 9 juta pokok di garis pantai sebagai penghalang kedua.

Tembok ini dibina dbina sepanjang pantai Timur Laut Jepun untuk melindungi rakyatnya.

Projek bercita-cita tinggi ini bertujuan untuk menghentikan tsunami masa depan sebelum ia sampai ke pekan dan bandar pedalaman.

Berdiri sehingga 15 meter tinggi di beberapa kawasan dan merentangi pelbagai wilayah, tembok ini mewakili salah satu pertahanan pantai yang paling mahal dan berskala besar di dunia.

Sebelum ini, tembok yang serupa telah dibina tetapi gagal menghalang tsunami 2011 lalu.

Kini tembok ini lebih tinggi dan sedia untuk menahan ancaman dari tsunami ini dengan lebih baik.

Ia bukan sekadar tembok sahaja tetapi pokok juga ditanam, binaan khas dan sebagainya.

Ada yang bertanya, apakah ini bertujuan untuk melawan kuasa Allah.

Bagi Noraini Hussin yang menulis komen tentang tembok ini, ia bukan nak lawan kuasa Allah tapi langkah keselamatan.

“Sekurangnya dia berusaha untuk jaga keselamatan rakyat dia. Disana pun ramai orang Muslim.

“Contohnya kes di Terengganu yang hakisan pantai. Rumah pun nak runtuh, kalau tak usaha bina benteng confirm rumah tu runtuh dah.

(Jalan pantai di Batu Rakit, Terengganu rosak teruk dilanda ombak besar)

“Bila ada benteng sekurangnya lebih selamat buat masa sekarang.

“Begitu juga kes di Jepun, dia berusaha dengan bina benteng.

“Allah pun suruh manusia berusaha bukan pasrah menerima apa je,” tulis beliau.

Bagi Syed Hamid AbHo pula, di Jepun ahli politik kurang bercakap tapi kerja jalan.

“Lain di Malaysia ahli politik sembang kencang kerja tak jalan pun…kat jepun sekali kena tsunami teruk terus buat benteng tetapi di Malaysia bertahun-tahun banjir berlaku benteng pun tak ada,” katanya.

BACA JUGA Dakwaan ramai jamaah haji muntah darah akibat strok haba tidak betul