Mohammed Sinwar terbunuh, umum Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah mengumumkan bahawa Ketua Hamas Gaza Mohammad Sinwar telahpun terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.
Adik kepada bekas pemimpin Hamas Yahya Sinwar ialah salah seorang daripada sasaran Israel.
“Kami telah menghapuskan puluhan ribu pengganas. Kami telah membunuh Mohammed Deif, Ismail Haniyeh, Yahya Sinwar, dan kini Mohammed Sinwar,” kata Netanyahu dalam satu ucapan di parlimen.
Mohammed Sinwar dipercayai terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan sekitar Hospital Eropah di Khan Younis pada 13 Mei lalu.
Hamas masih belum mengesahkan atau menafikan kematian Sinwar.
BACA JUGA: Jepun bina tembok 12.5 meter halang tsunami masuk bandar, Malaysia diminta juga berusaha