Nik Nazmi: Hanya berundur dari kabinet, bukan PKR
Nik Nazmi Nik Ahmad yang telah mengumumkan peletakan jawatannya semalam bersekali dengan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli telah menegaskan bahawa mereka hanya berundur dari kabinet dan tidak sama sekali akan berundur dari PKR.
“Kami letak jawatan. Kami tak akan khianati parti,” kata beliau menerusi X.
Ahli parlimen Setiawangsa tersebut meletakkan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berikutan kegagalan beliau untuk mempertahankan jawatan naib presiden PKR.
Nik Nazmi dan Rafizi kini sedang bercuti sehingga tarikh kuatkuasa peletakan jawatan mereka.
Penegasan yang dibuat oleh Nik Nazmi juga sekali gus menidakkan dakwaan palsu bahawa beliau dan 11 MP lain akan menarik sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Nazmi bercuti sehingga 3 Julai.
Peletakan jawatannya berkuatkuasa pada 4 Julai.
BACA JUGA: Dakwaan 11 MP berpaling tadah mengarut, Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan kerana jaga adab