Ini Bedal Haji bukan Badal Haji, kenapa netizen kecam sampai begitu sekali
Tindakan petugas sebuah syarikat pengurusan haji dan umrah memuat naik video kononnya mereka telah menyelesaikan Badal Haji tahun ini padahal belum tiba hari Wukuf telah mendapat kecaman teruk dari orang ramai.
“Walaupun belum tiba hari Wuquf, video pelaksanaan Bedal Haji telah lebih awal direkodkan bagi mengelakkan kesesakan di hari Haji nanti.
“Kepada syarikat yang ditampilkan dalam video ini, anda boleh masuk di ruang komen saya untuk sebarang penjelasan lanjut. Banyak yang saya nak tanyakan,” tulis Mohammed Farid Masri yang juga seorang aktivis pengurusan haji dan umrah.
Sehingga berita ini ditulis, video yang bertajuk “Bedal Haji” telah dikongsi oleh hampir 500 kali dengan komen menghampir 200.
Badal Haji adalah upah menunaikan haji untuk mereka yang tidak boleh ke Mekah akibat keuzuran dan sebagainya.
Namun, banyak pihak yang mengambil kesempatan untuk mengambil upah menunaikan haji tetapi tidak dibuat dengan betul sebagaimana video yang ditunjukkan iaitu menunaikan upah haji itu sebelum masuk waktunya.
Erman Syah Abdul Hamid dalam komennya di facebook berkenaan menulis, “Dosa sendiri belum tentu tertanggung, dosa menipu bedal haji lagilah berat.”
Netizen yang menggunakan nama akaun Dobi Mewah Jaya pula menulis, “Ini betul express… Duit pun express di bedal nya..”
Opah Ida Nst pula menulis, “Mengerjakan haji ada hari2 yang telah ditetapkan…tidak boleh di awalkan mau PON di lambat kan…semua teratur mengikut waktu2 yang ditetapkan.”
BACA JUGA Menteri Agama arah penganjur henti program promosi LGBTQ, gesa polis segera siasat