Rafizi sudah rancang langkah seterusnya

Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli, yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi kelmarin, hari ini mengumumkan bahawa sudah merancang langkah seterusnya yang akan dikongsikan kemudian.

“Ha3 X masih bising. Saya dah mula cuti hari Rabu, misi sekarang nak reply beribu2 mesej & join sama sembang dekat X.

“Saya memang dah plan apa nak tumpu lepas ni, tapi biarlah semua orang tenang, raya haji etc,” katanya menerusi ciapan di X.

“Apa-apa saya kongsi kemudian.

“Potensi sebenar negara adalah rakyat biasa. We have to go back to harnessing this potential 👌”

Beliau mengumumkan peletakan jawatan menteri kelmarin.

Peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa mulai 17 Jun. Beliau menghabiskan cuti tahunan sehingga tempoh tersebut.

Ia ekoran daripada kegagalannya mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR

BACA JUGA: Sah, Rafizi letak jawatan Menteri Ekonomi