PKR belum terima borang permohonan Zafrul
Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh mengesahkan bahawa partinya belum menerima borang permohonan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.
“Merujuk kepada kenyataan Tengku Zafrul di laman media sosial peribadi beliau, PKR belum menerima sebarang permohonan rasmi setakat ini.
“Untuk makluman semua permohonan keanggotaan PKR dilakukan melalui kaedah memohon secara atas talian,” kata Fuziah dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ekoran pengumuman Zafrul yang bertindak keluar Umno semalam. Beliau juga turut menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.
Tindakan beliau bagaimanapun telah mengundang kecaman dari sebilangan pimpinan Umno.
Fuziah menambah bahawa permohonan oleh Zafril akan dipertimbangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
BACA JUGA: Tengku Zafrul keluar Umno nak masuk PKR