Baucar buku diperluas kepada lebih 400,000 guru – PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan baucar buku diperluaskan kepada lebih 400,000 guru tahun ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia lanjutan usaha kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat khususnya pelajar sekolah dan universiti.
“Tahun ini, kita bagi baucar kepada semua guru-guru.
“Tahun depan, kita tengok dulu sebab kita sedang bertarung dengan tarif (Presiden Amerika Syarikat, Donald) Trump,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.
Menurutnya yang juga Menteri Kewangan, perlu ada garis panduan jelas mengenai pemberian baucar buku bagi mengelakkan tuntutan kepada naskhah yang tidak berkualiti.
“Harus ada garis panduan. Buku yang diberi, tidak semua buku berkualiti dan menggalakkan ilmu,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan pemberian baucar buku kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian.
BACA JUGA Dibenar keluar IJN, ini perkembangan terbaharu Sultan Brunei