‘Kalau fikir akhirat tak tergamak fitnah orang lain’, Pas diperli selepas sembang pasal…

Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat mengundang sindiran orang ramai susulan tulisan Ahli Parlimen Marang berkenaan berjudul ‘Dunia Jambatan ke Akhirat’ menerusi Minda Presiden Pas.

Dalam artikel sangat panjang itu, Abdul Hadi berkata, umat Islam pada masa ini menghadapi zaman kelemahan dalam ilmu agama sendiri kerana tidak bertafaqquh.

Selain itu, dakwa pemimpin Pas tersebut, umat Islam sekarang jahil terhadap ilmu dunia kerana leka dengan kemajuan kebendaan kehidupan dunia, bukan menjadikan dunia tempat beramal bagi menunaikan perintah Allah.

“Bahkan, ada juga yang terpengaruh dengan ideologi yang bertuhankan kebendaan dunia dengan bernafsu mengatasi akal serta meninggalkan hidayah Allah dalam urusan agama dan dunia.

“Dunia kini dikuasai oleh blok yang bertuhankan ekonomi kebendaan, sama ada yang ekstrem membela masyarakat yang berbeza sehingga menyekat kekayaan.

“Malah ada yang liberal berkiblatkan kebendaan sehingga melampau mencari kekayaan dan menindas golongan yang lemah,” tulis Abdul Hadi.

Rata-rata menyindir Pas termasuk mengaitkan dengan senario banyaknya pemimpin parti itu yang terbukti disabitkan bersalah oleh mahkamah dalam sejumlah kes membabitkan saman fitnah.

“Kalau fikir akhirat tak tergamak fitnah orang lain,” kata seorang warganet.

Dalam masa sama, ada yang menyifatkan pandangan Presiden Pas berkenaan berhubung soal dunia sebagai jambatan ke akhirat adalah lebih kurang sama sahaja dengan minda Presiden UMNO, AMANAH dan PKR.

BACA JUGA Kedudukan Tengku Zafrul sebagai Menteri MITI, apa kata PM Anwar?