Heboh pramugara rupanya ‘terbang lebih tinggi’
Ketika pesawat terbang pada ketinggian 11,277 meter (37,000 kaki) di atas Lautan Atlantik, seorang pramugara syarikat penerbangan British Airways rupanya ‘terbang lebih tinggi’ daripada orang lain.
Gara-gara berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian, kru berkenaan menari tanpa seurat benang di dalam tandas semasa penerbangan dari kota raya San Francisco menuju ke London kelmarin.
Kru kabin pesawat superjumbo Airbus A380 itu mulanya disedari hilang oleh rakan sekerjanya ketika waktu makan penumpang, lapor Daily Mail.
Dia kemudiannya terpaksa dipakaikan baju tidur penumpang kelas perniagaan dan diikat sepanjang perjalanan selama 10 jam setengah.
“Pesawat terbang pada ketinggian 11,277 meter (37,000 kaki) di atas Lautan Atlantik, namun kru tersebut nampaknya ‘terbang lebih tinggi’ daripada orang lain.
“Kami percaya dia mengambil pil (dadah) apabila bekerja. Ia adalah perkara yang luar biasa untuk dilakukan,” kata seorang kakitangan British Airways.
Pesawat penumpang dua tingkat terbesar dunia itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow London pukul 11 pagi (waktu tempatan) kelmarin.
Anggota polis yang siap menunggu di landasan akhirnya menahan pramugara berkenaan dan kes itu sedang disiasat.
BACA JUGA ‘Kalau fikir akhirat tak tergamak fitnah orang lain’, Pas diperli selepas sembang pasal…