Rupanya ini rahsia orang Jepun, Korea sekarang tinggi-tinggi

Oleh NOOR FATHIN AZLAN

Perasan tak dulu orang Jepun dan Korea Selatan pun pendek-pendek macam kita, tapi sekarang tinggi-tinggi. Apa yang berubah?

Saya pernah baca antara perubahan besar yang mereka buat ialah diet pemakanan sejak kecil.

Mereka amalkan minum susu, makan real food, cukup sayur dan protein setiap hari. Amalan itu berterusan dari kecil sampai dewasa.

Mindset mereka, “Kalau tak bantu tumbesaran, tak perlu masuk dalam pinggan”.

Dari situ saya mula fikir, kalau saya ingin anak-anak fokus dalam pelajaran dan nak train Siti Hajar dan Emir aktif bersukan, pemakanan tu bukan boleh main-main.

Jadi, saya mula explore, susu segar ok ke? Yang coklat boleh tak? Ikan, ayam, telur kena bagi berapa kali seminggu?

Anak tak suka sayur, boleh kisar masuk kuah tak? Jajan manis tu, patut hentikan terus ke? Sup tulang tu rebus empat jam betul ke berbaloi?

Lepas study dan tengok balik gaya hidup mereka, ini barang dapur yang saya mula utamakan setiap minggu bergantung pada bajet dan stok semasa.

✅ Full cream / fresh milk (plain & coklat)
✅ Telur ayam
✅ Ayam segar – bahagian bertulang untuk sup
✅ Ikan kembung, ikan bilis bersih
✅ Ikan sardin segar
✅ Tofu / tempe (probiotik, protein murah)
✅ Brokoli, bayam, sawi, lobak, tomato, jagung
✅ Ubi kentang, labu, keledek
✅ Bawang, halia, kunyit (rempah real untuk boost imun)
✅ Pisang, anggur hitam, epal, jambu batu, blueberry
✅ Yogurt plain (boleh tambah madu/sedikit buah)
✅ Oat, roti wholemeal
✅ Almond / walnut (untuk snek otak)
✅ Madu asli
✅ Susu kurma homemade (untuk tenaga)

Kita tak nak anak sekadar kenyang sahaja. Kita nak anak kenyang dengan nutrisi. Apabila makan makanan betul, otak kuat, badan sihat, emosi stabil. Dan ya, dia lebih senang fokus dan perform dalam kelas dan atas padang.

Banyak benda kita masak atau beli hari-hari nampak biasa tetapi boleh bagi impak besar untuk tumbesaran anak.

Contohnya, air gas, jajan manis, makanan tinggi pengawet dan pewarna dan semua ini boleh kacau fokus, hormon dan imun badan anak. Perkara mudah tapi kesannya besar.

Imun lemah

Yang buat anak jadi penat bukan sebab kelas KAFA, tapi jelly dan gummy yang perisa dan pengawet. Semua itu boleh buat anak cepat penat, susah fokus dan imun lemah.

Dan satu lagi.

Bila kita beli barang dapur dengan tujuan nak sokong otak anak, nak bantu mereka fokus dan membesar dengan baik, sebenarnya kita akan berbelanja dengan lebih jimat.

Kita tahu apa nak beli, apa nak skip. Takde dah beli sayur pelik-pelik atau udang besar seminggu sekali, lepas tu anak makan mi segera. Fokus pada makanan yang menyegarkan otak dan badan. Bukan yang sekadar sedap tapi zero function.

Lagi senang bila kita tahu apa nak beli, kita mudah plan menu harian. Tak stres dah fikir nak masak apa hari ni.

Sebabnya, kita dah tahu protein (ikan/ayam/telur/daging) berapa kali seminggu kena ambil, sayur apa bagus, buah apa support imun. Rasa lebih terurus dan yakin nak masak.

Salah faham yang selalu orang fikir, hanya orang kaya sahaja yang mampu membeli makanan berkhasiat.

Padahal, nutrisi bagus ni bukan soal kaya atau miskin, tapi soal ilmu dan effort sahaja.

Kalau orang Jepun dan Korea boleh ubah masa depan generasi mereka dengan ubah cara makan. Kita pun boleh juga. Apa yang dimasak hari ini sedang membentuk masa depan anak-anak kita.

BACA JUGA Ini sebabnya jemaah tak dibenar jalan kaki dari Mekah ke Arafah