Sejak bila kerajaan paksa peniaga kecil guna tong gas komersial RM70?
Dakwaan Presiden MCA, Wee Ka Siong kononnya kerajaan tidak memberikan subsidi kepada peniaga kecil dan larangan terhadap pengusaha makanan daripada menggunakan tong gas bersubsidi domestik adalah tidak benar.
Wee menuduh bahawa peniaga diarahkan menggunakan tong gas komersial berharga RM70 berbanding tong gas bersubsidi yang berharga RM26.60 bagi berat yang sama iaitu 14kg.
Walhal, hanya peniaga yang menggunakan lebih tiga tong gas 14kg atau lebih 42kg LPG pada satu-satu masa diwajibkan memiliki Permit Barang Kawalan Berjadual.
Mengulas tuduhan Wee, pempengaruh Wan Abd Hadi menjelaskan bahawa penjaja dan peniaga kecil tetap boleh menggunakan tong LPG bersubsidi.
“Sejak bila kerajaan paksa semua peniaga warung dan kedai tepi jalan guna gas komersial harga RM70?
“Ini terang-terang satu pembohongan dan manipulasi fakta oleh Presiden MCA,” katanya menerusi ulasan yang dimuat naik di TikTok.
Menurutnya, larangan menggunakan tong gas bersubsidi domestik hanya terhadap premis berskala besar seperti restoran mewah dan industri besar yang menggunakan tong gas lebih 42 kg atau lebih tiga tong dalam satu masa.
“Mereka inilah yang kena pakai tong gas ungu. Peniaga pisang goreng, murtabak, ayam goreng tepi jalan itu tidak terkesan pun, boleh guna tong gas warna hijau RM26 macam biasa tu.
“Tauke besar takkanlah nak makan subsidi yang kerajaan beri khas kepada orang susah?” bidas Wan Hadi lagi.
BACA JUGA Kezaliman Israel berterusan, lebih 3,000 trak bantuan perubatan ke Gaza dihalang