Bekalan ternakan korban cukup ke tidak untuk sambutan Aidiladha? Ini penjelasan KPKM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin bahawa bekalan ternakan korban untuk sambutan Hari Raya Aidiladha mencukupi dan dapat memenuhi permintaan berdasarkan statistic Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

“Mengikut statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), stok bekalan lembu/kerbau tempatan sehingga Mac 2025 adalah 35,581 ekor manakala bekalan lembu/kerbau yang diimport sehingga Mac 2025 adalah sebanyak 3,223 ekor.

“Jumlah keseluruhan bekalan untuk lembu/kerbau bagi tujuan korban adalah 38,804 ekor.

“Bagi kambing/bebiri, stok bekalan tempatan sehingga Mac 2025 adalah 26,845 ekor manakala bekalan kambing/bebiri yang diimport sehingga Mac 2025 adalah sebanyak 3,322 ekor.

“Jumlah keseluruhan bekalan untuk kambing/bebiri bagi tujuan korban adalah 30,167 ekor,” kata KPKM dalam satu kenyataan.

Anggaran permintaan lembu dan kerbau adalah dijangka sebanyak 34,451 ekor manakala permintaan bagi kambing/bebiri sebanyak 22,453 ekor.

DVS juga menyediakan 27 rumah sembelih di Semenanjung Malaysia dan mengeluarkan lesen kepada 40 rumah sembelih swasta.

Pihak yang mahu menjalankan penyembelihan korban di luar rumah sembelih perlu memohon permit penyembelihan dengan dokumen berkaitan.

Masyarakat juga digalakkan merujuk Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban sebagai panduan asas.

BACA JUGA: Pengampunan Anwar salah? Pengampunan Anwar sah, dari segi undang-undang