Lengkap kemudahan sekolah, masjid dan klinik, Kota MADANI dijangka siap hujung 2027
Konsep Kota MADANI yang akan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027 akan menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat demi kebajikan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kemudahan yang dirancang untuk dibangunkan termasuklah sekolah menegak, institusi TVET, institusi kewangan, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan sebuah masjid, di mana semuanya akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.
“Fasa pertama melibatkan pembinaan sekitar 3,000 unit kediaman dan sebuah sekolah menegak, dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027.
“Reka bentuk masjid dan sekolah akan menampilkan unsur budaya tempatan, sejajar dengan usaha mengekalkan seni bina dan warisan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Beliau juga menitipkan harapan semoga segala perancangan berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi manfaat bersama.
BACA JUGA Netizen korek hantaran lama Mahathir ketika hadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan