Negeri Sembilan jadi tumpuan pelabur, pusat bioteknologi dijangka akan dibina

Negeri Sembilan terus menarik minat pelabur asing ke negara ini apabila satu pusat bioteknologi dijangka akan dibina di negeri itu.

Hasrat itu disampaikan oleh pelabur China ketika kunjungan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, ke wilayah tersebut baru-baru ini.

Menurut laporan media, kawasan seluas 161 hektar telah dikenal pasti di Bandar Enstek untuk ditawarkan bagi tujuan itu.

“Hasil perbincangan kita di China dengan beberapa syarikat bioteknologi menunjukkan pengusaha (di China) telah menyatakan hasrat mereka untuk membina satu pusat bioteknologi di negeri ini.

“Kita sudah kenal pasti 400 ekar (161 hektar) untuk kita tawarkan dan buat kerjasama bagi menarik industri bioteknologi datang ke negeri ini dan negara kita,” katanya kepada media hari ini dalam majlis ‘MIDF Luncheon Talk themed: Negeri Sembilan – The Next Smart Frontier’ hari ini.

Kerajaan Negeri juga komited bagi memastikan projek berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin sejajar dengan usaha untuk meningkatkan lagi daya saing ekonomi negeri itu.

BACA JUGA Tiga kediaman mewah di London antara tujuh hartanah, satu akaun bank membabitkan RM758.2 juta