Tiga kediaman mewah di London antara tujuh hartanah, satu akaun bank membabitkan RM758.2 juta

Tiga kediaman mewah di London antara tujuh hartanah, satu akaun bank membabitkan RM758.2 juta. Itulah jumlah nilai aset dan wang telah berjaya dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Semuanya itu milik isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid.

Hasil siasatan dijalankan SPRM mendapati harta alih dan tidak alih itu adalah perkara atau keterangan didakwa berhubungan dengan suatu kesalahan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan SPRM untuk membekukan kesemua harta berkenaan pada prosiding secara sebelah pihak (ex-parte), hari ini.

Media sebelum ini melaporkan SPRM bertegas untuk tetap mengambil tindakan pelucutan sebahagian hak pemilikan harta Allahyarham Daim dan keluarganya yang didakwa tidak diisytiharkan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka dalam tindakan melucutkan hak harta berkenaan.

Beliau dilaporkan mengulas kenyataan peguam isteri Daim dan keluarga yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak masuk akal dan dibuat tanpa asas perundangan, susulan Azam mengesahkan SPRM sedang berusaha untuk melucutkan hak pemilikan harta milik Daim dan keluarganya.

Azam dilaporkan berkata, SPRM percaya masih ada harta tidak diisytiharkan di luar negara membabitkan yang dimiliki ahli keluarga serta proksi Allahyarham.

BACA JUGA: Siapa Tan Sri yang lesapkan duit lebuhraya ni… Lebuhraya tak siap, rumah ada bilik arak