Speaker jawab Pemuda Pas kenapa sidang Parlimen terpaksa ditangguh ke Julai
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sekali lagi menjelaskan kepada Pemuda Pas mengenai sidang Parlimen yang terpaksa ditangguh dari Jun ke Julai.
Menurut beliau, ia dilakukan kerana kerajaan masih memerlukan beberapa waktu untuk memuktamadkan unjuran ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Ini kerana, isu tarif dengan Amerika Syarikat (AS) menyebabkan kerajaan perlu mengubah unjuran kerana berlaku perubahan angka dalam menyediakan dokumen pembangunan negara terbabit, menurut FMT.
Pada 23 Mei lalu, Johari telah menjelaskan alasan perubahan tarikh itu namun Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi pula membuat dakwaan berbeza.
Afnan mendakwa penangguhan sidang Parlimen kerana pertelingkahan dalaman kerajaan.
Johari berkata ketua majlis iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat permohonan penangguhan untuk memuktamadkan unjuran ekonomi dalam RMK13.
BACA JUGA AGC tegaskan pengampunan Anwar ikut prosedur, Mahathir pun hadiri mesyuarat