Jenayah di Kelantan makin parah
Jenayah di Kelantan makin parah, menurut Ketua Polis Kelantan Pesuruhjaya Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Kelantan telah merekodkan peningkatan 15.1 peratus dalam indeks jenayah 2024, dengan peningkatan dalam kesalahan berkaitan harta benda dan keganasan.
Menurut beliau, jumlah kes meningkat sebanyak 302 kes kepada jumlah 2,296 kes bagi tahun 2024 dari 1,994 kes pada tahun sebelumnya.
Jenayah ganas meningkat 8.5 peratus kepada 423 kes manakala jenayah melibatkan harta meningkat 16.7 peritus kepada 1,872 kes.
“Antara trend yang membimbangkan ialah peningkatan dalam kes rogol yang naik 20.7 peratus dari 130 dalam 2023 kepada 157 tahun lalu kata beliau ketika sesi libat urus Bersama Ketua Polis Kelantan dengan tema “Kesedaran Belia: Pencegahan Gejala Sosial Membentuk Masa Hadapan di Universiti Malaysia Kelantan.
Rompakan bersenjata tanpa senjata api juga meningkat 25.6 peratus dari 43 kepada 54 kes manakala kes serangan meningkat 6.8 peratus.
Jenayah ganas bagaimanapun berkurangan. Kes pembunuhan menurun sebanyak 55.6 peratus daripada Sembilan kepada empat dan rompakan bersenjata menggunakan senjata api berkurangan 60 peratus daripada lima kepada dua.
Kecurian ialah penyumbng terbesar dalam kategori jenayah harta benda. Sejumlah 723 kes direkodkan. Ia peningkatan sebanyak 50.9 peratus daripada 485 kes pada tahun sebelumnya.
Pecah masuk rumah meningkat 41.7 peratus manakala kecurian kereta meningkat 23.3 peratus.
Kes kecurian motosikal pula merudum 46.9 peratus kepada 68 kes.
BACA JUGA: Sebelum ini ‘jebon’ kini ‘lanun dan syaitan’ pula sedang ganggu kepimpinan ulamak Pas