Sebelum ini ‘jebon’ kini ‘lanun dan syaitan’ pula sedang ganggu kepimpinan ulamak Pas

Kalau sebelum ini ‘Jebon’ dilebelkan sebagai golongan yang menentang kepimpinan Pas, kini ‘lanun atau syaitan’ pula yang cuba menggugat parti itu.

Mokhtar Senik, bakas Ketua Dewan Ulama Pas Pahang mengingatkan tentang ‘lanun dari luar atau lanun dari dalam Pas’ manakala Ahmad Dasuki Rani pula ‘kepimpinan ulamak ini akan sering diganggu oleh yatitan-syaitan di kalangan manusia dan jin’.

Ingatan itu diberikan kedua-duanya menjelang muktamar Pas yang akan menentukan kepimpinan baharu parti itu.

Sebagaimana sebelum 2015 lalu, Pas kini dilanda dilemma pertembungan antara geng ulama dengan professional di dalam Pas.

Ketika presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berapa sihat dan sering uzur, sebahagian ahli Pas melihat Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga naib presiden Pas layak menggantikan beliau.

Ini sangat dibimbangi oleh sekelompok ‘geng ustaz’ dalam Pas yang menganggap, presiden Pas mesti di kalangan ulamak.

Timbalan Presiden Pas sekarang adalah Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, namun geng ustaz ini tidak berapa yakin dengan beliau kerana hanya berkelulusan UKM bukan universiti Islam di luar negara khasnya Al Azhar.

Tuan Ibrahim mana boleh cakap Arab, kata salah seorang dari mereka yang mempertikaikan kemampuan beliau padahal Tuan Ibrahim mempunyai master dalam bidang dakwah.

Selain Samsuri, dua lagi naib presiden Pas adalah dari kalangan yang berpendidikan agama iaitu Datuk Idris Ahmad dan Datuk Nik Mohamad Amar.

BACA JUGA Politik jalan kuasa laksana syariat Islam