Pasar Kobe, Jepun jadi inspirasi Mat Sabu untuk dilaksanakan di Malaysia
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mendapat inspirasi dari Pasar Kobe, Jepun untuk mewujudkan pasar sebegitu di Malaysia.
“Pasar ini tersusun rapi, bersih dan pengurusannya cukup sistematik.
Kawalan harga barang kering dan basah, pengurusan hasil pertanian segar yang teliti dan infrastruktur rantaian bekalan berjalan dengan efisien disaksikan sendiri oleh beliau yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Bang Mat
“Inilah contoh amalan terbaik yang boleh kita contohi dan sesuaikan dengan suasana di tanah air.
“Kita mahu pasar-pasar kita bukan sahaja jadi tempat jual beli, tetapi juga jadi ruang yang menjamin keterjaminan makanan, bantu petani dan peniaga tempatan, serta beri manfaat terus kepada rakyat,” kata beliau.
Mohamad berada di situ sempena penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025.
Beliau turut mengunjungi satu-satunya pusat penyembelihan halal Sanda Shokuniku di Kita-ku, Kobe.
“Lawatan ini adalah sebahagian daripada penglibatan Malaysia dalam Ekspo Dunia Osaka 2025, dan memberi peluang kepada kita untuk memahami lebih dekat amalan terbaik industri daging halal Jepun dari aspek pemprosesan, kebersihan, sistem pengesanan, hingga penggunaan teknologi moden yang menepati keperluan keselamatan makanan.”
BACA JUGA: Kelantan mahu melombong nadir bumi secara senyap, berbeza dengan Kedah