Petronas dijangka kurangkan 5,000 tenaga kerja
Petronas akan mengurangkan sehingga 5,000 pekerja ke arah memastikan syarikat minyak dan gas negara itu terus berdaya saing dan mampu menempuh cabaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, langkah itu membabitkan kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan.
Menurutnya, Petronas turut membekukan pengambilan kakitangan baharu sehingga Disember tahun depan.
Beliau berkata, keputusan itu terpaksa dibuat ekoran persekitaran peniagaan amat mencabar dengan margin keuntungan makin menyusut.
Untuk rekod, keuntungan Petronas susut 32 peratus tahun lalu dan 21 peratus pada 2023.
Sehingga Februari lalu, Petronas mempunyai tenaga kerja seramai 52,000 orang dan 16,000 daripadanya adalah pemangkin utama.
Sebelum ini, Tengku Muhammad berkata, langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
BACA JUGA ‘MB Kedah, MB Kelantan pun patut cuti berehatlah tempoh hari’