‘Banyak yang kontrak’, kata Anwar susulan pemberhentian 5,000 kakitangan Petronas
Penamatan khidmat kira-kira 5,000 pekerja Petronas kebanyakannya membabitkan pekerja berstatus kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, Kabinet akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
“Ia banyak yang kontrak,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan.
Beliau mengulas laporan media bahawa syarikat petroleum negara itu akan mengurangkan kira-kira 10% tenaga kerjanya menerusi penstrukturan semula secara menyeluruh.
Sebelum ini Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, langkah itu dibuat dalam usaha syarikat mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah dan ketidaktentuan pasaran yang menjejaskan keuntungannya.
Beliau turut memaklumkan syarikat akan membekukan kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baharu sehingga Disember 2026.
Keuntungan Petronas merosot sebanyak 32% pada 2024, selepas mencatatkan penurunan 21% pada 2023.
BACA JUGA Payung Besar Mahathir, nafsu orang tua tetapi tidak mampu