Lantikan dalaman AMK, persediaan kepada pilihan raya negeri Sabah
Biro Politik AMK PKR telah melantik pimpinan selaras dengan persiapannya untuk berdepan pilihan raya negeri Sabah.
“Bagi memastikan penyelarasan dan kesinambungan gerak kerja, Biro Politik AMK memutuskan beberapa jawatan diisi terlebih dahulu sebelum pelantikan penuh kepimpinan AMK sesi 2025-2028 dimuktamadkan,” kata biro tersebut dalam satu kenyataan.
Berikut merupakan senarai yang diumumkan:
Pengarah Pilihan Raya – Izuan Kasim
Setiausaha – Omar Mokhtar A Manap
Bendahari – Hilmy Yakap
Ketua AMK Sabah – Zaidi Jatil
Timbalan ketua AMK Sabah – Vincent Fung
Fung juga pengarah jawatankusa pilihanraya AMK Sabah.
Biro politik AMK turut memaklumkan bahawa mesyuarat pertama telah dilaksanakan pada 26 Mei.
BACA JUGA: Keluar dari zon selesa, ini antara nasihat kepada anggota AMK