Malaysia, KL makin terserlah sebagai destinasi persidangan, konvensyen antarabangsa

Malaysia menduduki tempat ke 31 dalam Laporan Persatuan Persidangan dan Konvensyen Antarabangsa 2024 (ICCA) – Negara dan Bandaraya dan tempat kesembilan dalam kalangan negara Asia Pasifik.

Kuala Lumpur pula berada di tempat ke-26 dalam senarai Bandaraya Dunia.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pula merupakan pilihan utama untuk sejumlah 78 daripada 129 mesyuarat persatuan antarabangsa.

“KLIA mempunyai 79 syarikat penerbangan yang beroperasi di situ dan kemudahan tanpa visa untuk 175 negara menyebabkan permintaan untuk Malaysia sebagai destinasi acara niaga global meningkat,” kata John Burke, pengurus besar KLCC.

KLCC turut bekerjasama dengan Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) untuk menjadi tuan rumah pameran perdagangan antarabangsa.

“Acara perniagaan dijangka menyumbang RM42.12 billion kepada ekonomi negara menjelang 2030,” tambah Burke.

BACA JUGA: Malaysia sebagai Presiden UN-Habitat dan pencapaiannya dalam negara