‘Anwar sudah beri RM600 setiap bulan’, sikap warga emas ini dipuji

Seorang warga emas menuai pujian orang ramai di media sosial apabila menolak secara baik bantuan barangan dapur daripada pempengaruh Cahaya Icha.

Berusia 80 tahun, pemilik sebuah motosikal kapcai itu memberitahu beliau tidak memerlukan apa-apa lagi memandangkan sudah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Banyak-banyak terima kasih. Saya umur 80 (tahun). Tolong lain orang. Saya tak ada apa. Sudah mahu mati punya orang.

“(Perdana Menteri) Anwar (melalui JKM) ada bagi saya RM600 setiap bulan,” katanya ketika ditawarkan wanita berkenaan.

Rata-rata memuji warga emas itu yang disifatkan tidak mementingkan diri sendiri lantaran memiliki sifat qana’ah iaitu rasa mencukupi yang tinggi.

Lelaki itu juga dilihat bersyukur dengan apa yang ada tanpa bersikap tamak dengan mengaut lebih banyak tawaran bantuan.

“Allah. Bagusnya pakcik ni tak tamak. Bagi dia cukup dah RM600 sebulan untuk dia sebab dia seorang sahaja. Dia tak pentingkan diri dan minta dahulukan yang lebih memerlukan.

“Subhanallah, pakcik ni. Tak pentingkan diri sendiri. Contoh yang terbaik pakcik ni. Saya dengar pun rasa bangga.

“Part “umur sudah 80, sudah mau mati”, rasa sedih aihh. Semoga pakcik sihat selalu. Semoga murah rezeki pakcik dan Kak Icha,” demikian antara komentar warganet.

@cahayaicha__

Kali pertama jumpa orang yang sangat kuat bersyukur dalam hidup nya

♬ original sound – Cahaya icha – Cahaya icha

BACA JUGA Cemas dibadai angin lintang dan ribut petir, ini sebabnya menteri puji kru penerbangan