Sampai bila kenderaan berat jadi ‘pembunuh’ di jalan raya?
Oleh NORMAN RADZUAN
Pemandu laju itu saja saya ingin katakan, hanya nak tanya pemandu bas itu hidup atau mati?
Sebenarnya saya dah bosan mendengar alasan brek tidak berfungsi.
Kenderaan berat wajib menjalani pemeriksaan berkala ketat Puspakom. Malah, pemandu juga mesti menjalani pemeriksaan secara rawak untuk pemeriksaan air kencing.
Kemudian wujudkan kerjasama dengan pemandu kereta sebagai rakan pemantau kelajuan melalui rakaman dashcam.
Hukuman bukan hanya disaman lebih kelajuan tetapi lesen digantung selama setahun.
JPJ fokus kepada kenderaan berat bukan kepada tinted kenderaan. Bukan hanya melihat lesen pemandu dan jumlah muatan kenderaan berat tetapi keselamatan seperti tayar dan ujian air kencing mesti dilakukan.
Bukan cerita baru tetapi dalam tempoh 10 tahun ini begitu banyak kemalangan jiwa melibatkan kenderaan berat.
Kerajaan jangan hanya bersimpati tetapi tindakan yang tegas perlu dilakukan dengan tegas.
Jangan tunggu nyawa anak-anak kita hilang baru tindakan tegas mahu diambil.
Sebelum ini, gajah, anggota FRU dan kini pelajar IPTA. Kini, kenderaan berat menjadi ‘pembunuh’ di atas jalan raya.
BACA JUGA Isu Fahmi Reza: Wujud kecuaian, pencabulan terhadap kebebasan