Polis sahkan pemandu bas ada 18 saman termasuk rekod pandu laju
Pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sehingga terbabit kemalangan disahkan mempunyai sebanyak 18 saman yang antara kesalahannya adalah memandu laju.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Daripada 18 saman itu, sebanyak 13 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju, satu kesalahan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.
“Semua 18 saman itu masih belum diselesaikan lagi,” katanya menurut Harian Metro hari ini.
Selain itu siasatan juga mendapati bas terbabit mempunyai rekod sebanyak 21 saman dikeluarkan atas kesalahan trafik.
Bagaimanapun 16 saman sudah dijatuhkan hukum manakala baki lima saman masih dalam siasatan.
BACA JUGA “Maafkan saya… Saya telah cuba segalanya” — Rintihan pemandu bas tragedi UPSI