Zahid Hamidi okay sahaja keputusan Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan reaksi terbuka dengan keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang meninggalkan parti itu.
Beliau berkata, keputusan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu tidak akan menjejaskan usaha kerajaan dalam mengukuhkan ekonomi negara serta memperkasa sektor perdagangan.
Zahid percaya pegangan politik seseorang tidak seharusnya dicampur aduk dengan pengurusan organisasi apatah lagi melibatkan pentadbiran sebuah negara.
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Tengku Zafrul, beliau berkata semuanya dalam keadaan baik.
“Dari dulu itu prinsip saya. Kita mempunyai garis badan yang jelas bahawa soal politik harus kita ketepikan dalam pengendalian dan urusan organisasi, apatah lagi urus tadbir negara,” katanya kepada media selepas merasmikan Forum Wanita dalam Eksport 2025.
Pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul yang juga menteri pelaburan, perdagangan dan industri umum letak jawatan dalam Umno serta keluar parti, selain menyatakan hasrat menyertai PKR.
BACA JUGA Malaysia, Poland perkukuh hubungan dua hala ke arah kerjasama strategik