Buah-buahan tempatan takkan dicukai di bawah SST
Buah-buahan tempatan dan minyak masak tidak akan dicukai dibawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperluaskan mulai 1 Julai 2025, selaras dengan Belanjawan 2025.
Seorang jurucakap Kementerian Kewangan mengesahkan cukai jualan lima peritus hanya melibatkan buah-buahan import ekoran timblulnya kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung senarai bahan yang akan dicukai.
“Jika buah tersebut diimport, ia akan dikenakan cukai jualan lima peritus. Buah-buahan tempatan dikecualikan dari sebarang cukai jualan.
“Tambahan pula makanan import terpilih seperti beras, gandum, garam dan daging turut dikecualikan kerana ia bahan keperluan asas.
“Minyak kelapa sawit tempatan dan luar negara untuk memasak juga dikecualikan kata jurucakap tersebut, lapor Business Times.
Penjelasan ini dibuat berikutan kekeliruan di dalam talian berhubung senarai barang yang akan dicukai berbeza dengan kenyatanan kerajaan sebelum ini.
Pisang, betik, durian, laici kering, minyak masak, gula kasar dan garam sebelum ini digolongkan sebagai bahan keperluan yang dikecualikan cukai.
BACA JUGA: Sistem kewangan Islam tidak boleh terhenti hanya pembiayaan bebas riba