Harimau Malaya tak beri muka ratah Naga Emas 4-0
Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi gamat dengan sorakan gemuruh penyokong Harimau Malaya apabila menyaksikan Malaysia tidak beri muka meratah Vietnam 4-0.
Kali terakhir Harimau Malaya menumbangkan skuad Naga Emas itu pada 2014 sekaligus meraih kemenangan kedua aksi Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027.
Kelincahan dua pemain warisan baharu, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado mendapat perhatian ramai.
Bahkan, Pemain Paling Bernilai (MVP), Arif Aiman Hanapi turut dipuji menyinar apabila merekodkan dua bantuan jaringan.

Pasukan negara yang menghuni tangga ke-131 dunia meraih jaringan pertama melalui rembatan Figueiredo pada minit 49.
Menjejak minit 59, Rodrigo Holgado dengan bergaya menolak masuk bola ke gawang lawan hasil hantaran Arif Aiman.

Hantaran padu Arif Aiman kemudiannya menemui Corbin Ong yang mudah merobek gawang Vietnam pada minit 66 untuk gol ketiga.
Gema penyokong Harimau Malaya bertambah gamat apabila Dion Cools menjaringkan gol di minit ke-88 dengan menanduk masuk hantaran lintang pemain gantian, Endrick dos Santos.
BACA JUGA Zahid Hamidi okay sahaja keputusan Tengku Zafrul tinggalkan UMNO