‘Mati hina sebab berhutang PTPTN’, rupanya cikgu ini ada masalah mental

Heboh di media sosial kenyataan seorang cikgu yang menganggap kematian 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik sebagai hina kerana berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Walau bagaimanapun, hantaran di Facebook itu kemudian dipercayai sudah dipadamkan selepas dihujani kecaman orang ramai.

Pagi ini, dia akhirnya tampil memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang mengejutkan itu.

“Di sini, saya ingin memohon maaf terhadap insiden yang berlaku kepada pelajar UPSI.

“Semoga mereka di tempat bersama orang-orang yang beriman dan mendapat husnul khotimah,” tulisnya.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim telah mengambil inisiatif melakukan semakan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak berhubung status guru tersebut.

“Beliau memang ada masalah mental dan dalam proses menerima rawatan serta khidmat kaunseling daripada pihak jabatan.

“Namun, difahamkan tindakan susulan akan diambil kerana posting yang tidak beradab ini,” kata Hasnul.

BACA JUGA Sistem kewangan Islam tidak boleh terhenti hanya pembiayaan bebas riba