Permit pengendali bas persiaran dibatal tanpa peluang rayuan, umum menteri

Semua permit syarikat pengendali bas persiaran yang terbabit dalam nahas yang menyebabkan pelajar UPSI di Gerik, Perak dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran beberapa syarat permit.

Pemilik syarikat melakukan dua kesalahan besar iaitu permit pengendalian bas dipajak kepada pihak ketiga dan pengendalinya tidak mengaktifkan GPS.

“Pemilik memajak kepada pihak ketiga. Pemilik beralamat di Kedah dan dipajakkan kepada pengendali di Kelantan dan dibayar RM500 sebulan,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dalam satu sidang media yang turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi.

“Ini melanggar syarat. Apabila mereka diminta serahkan laporan GPS, mereka tak dapat (serahkan) sebab GPS pun tak diaktifkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Loke menegaskan, tiada peluang rayuan diberikan kepada syarikat ini manakala pembatalan permit adalah kekal dan tidak berubah.

BACA JUGA: ‘Mati hina sebab berhutang PTPTN’, rupanya cikgu ini ada masalah mental