Raja dan rakyat berpisah tiada
Oleh LIYANA MARZUKI
Mengimbas 35 tahun dahulu, umur saya sembilan tahun. Pada pagi Sabtu, saya dikerah berdiri bawah khemah, di sebuah masjid di Kampung Dendang, Perak.
Ketika itu yang saya ingat, seorang anak Raja sedang berucap. Mukanya persis mat saleh, namun ucapannya saya fahami. Tiada jargon tinggi. Hanya bahasa memuji Ilahi dan berpesan-pesan kepada marhaen.
Cuaca panas membuatkan Baginda berpeluh tidak berhenti, muka Baginda merah sekali. Tapi masih senyum terukir di bibir.
Rakyat jelata disapa tanpa kekok, termasuk si budak kecil ini. Yang tunggu dengan setia sampai Baginda masuk ke kereta. Baginda melambai kembali. Saya ingat sampai hari ini.
Orang lain first crush dengan artis. Saya dengan anak Raja.
Sehingga hari ini, saya ikuti Baginda dengan dekat. Cuba baca segala ucapan dan buku yang dia buat.
Khutbah Jumaat Negeri Perak pun kadang-kadang saya korek dan ikuti rapat. Saya tahu, adakala terdapat idea dan ayat Baginda terselit di situ. Wisdom tersembunyi bagi mereka yang sukakan ilmu.
Melihat gambar ini semalam, hati saya cair sekali. This is the most powerful picture dalam tempoh 10 tahun ini.

Simbolik seorang marhaen menyandarkan harapan kepada Ulul Amri. Penguasa teratas dalam sebuah negara atau negeri.
Kita kena sedar dan tahu, bila mana dunia politik kita tidak stabil. Dan kita mula sedari, sebagai pengundi kita takkan jumpa pemimpin sempurna.
Namun, kita perlu memilih the lesser of two evils. Gambar ini memberi pengharapan. Ada satu institusi yang kita boleh sandarkan harapan.
Institusi ini menjalankan peranan dalam diam. Mengimbangi kuasa politik untuk kepentingan rakyat.
Payung teratas
Malam tadi, Malaysia menang bola dengan Vietnam. Selepas 11 tahun menanti, 4-0 itu bukan calang-calang.
Ada peranan anak Raja di situ. Yang ramai cuba menidakkan dan tidak mahu ambil tahu.
Ada yang menghasut bahawa kita tidak perlukan Raja-Raja. Percayalah, masyarakat kita masih feudal. Masih perlu payung teratas.
Kalau ada juak-juak yang nak hentam Raja, ini kerana mereka nak kita pajak jiwa pada mereka pula.
Sama ada Thanos yang mahu memerintah lama atau sejenis Ayatollah yang tidak suka ada orang di atasnya.
65 tahun ini, ada kroni dan keluarga mereka yang lebih kaya dari istana. Marah istana kerana mereka juga nak meraih kekayaan.
Lama-lama, kita pun tahu propaganda ini hanya trick atau mainan. Mereka pun ada kepentingan.
Prinsip kedua Rukun Negara. “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”. Bukan kepada parti politik dan pemimpin mereka.
Parti dan pemimpin come and go. But the country and King are here to stay.
Dirgahayu Tuanku.
Moga Allah kurniakan yang baik-baik untuk Malaysia dan untukmu…
BACA JUGA Harimau Malaya tak beri muka ratah Naga Emas 4-0