Apa berlaku pada pemandu bas ini selepas solat Jumaat esok?
Pemandu bas dalam tragedi nahas ngeri yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu akan didakwa di mahkamah esok.
Lelaki berusia 39 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret, Gerik selepas solat Jumaat esok, menurut BH memetik kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.
Terdahulu, pemandu bas yang cedera di tangan itu ditahan polis kira-kira jam 5.45 petang tadi selepas dibenarkan keluar hospital.
Dia dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau berbahaya.
Sebelum ini, polis mendedahkan pemandu bas sewa khas berkenaan mempunyai 18 saman yang masih belum diselesaikan lagi, dengan 13 daripadanya dikeluarkan atas kesalahan memandu laju.
Sementara itu, satu saman membabitkan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.
BACA JUGA Akhirnya pemandu bas bawa penuntut UPSI ditahan