Bila siasatan skandal lebuh raya akan selesai? Ini respon Azam Baki

Kes seorang Tan Sri yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dijangka selesai dalam tempoh dua bulan lagi.

Perkara itu diberitahu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, setakat ini seramai seramai 53 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes ini.

Beliau menjangkakan lebih ramai saksi akan dipanggil bagi diambil keterangan.

“Rakaman percakapan daripada individu bergelar Tan Sri juga akan disambung hari ini,” katanya.

Terdahulu SPRM mengesahkan ahli perniagaan itu yang merupakan pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri adalah saksi penting dalam siasatan.

Setakat ini nilai rampasan aset berjumlah lebih RM143 juta.

Aset tersebut termasuk wang tunai, hartanah, kenderaan mewah, jam tangan eksklusif, barang kemas dan barangan lain yang bernilai tinggi. Pihak berkuasa juga sedang mengesan aset di luar negara, termasuk di London dan Switzerland.

BACA JUGA Laporan awal nahas trak RFU tak jumpa bukti stereng lori pasir gagal berfungsi