‘Gunalah otak sikit’ – Siti Kasim marahkan netizen Melayu yang rasis terhadap Anthony Loke
Peguam dan aktivis hak asasi manusia Siti Kasim memarahi netizen Melayu Malaysia yang membuat komen rasis terhadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke
“Gunalah otak sedikit. Dia pun seorang manusia. Tak kira bangsa apa pun, kalau manusia itu mesti ada perasaan.
“Kamu orang kalau nak mengutuk pun, gunakan otak kamulah. Macam mana kamu boleh nak salahkan Menteri Pengangkutan berkenaan kemalangan-kemalangan yang telah berlaku di Malaysia ni?
“Pada pandangan saya, kemalangan – kemalangan ini disebabkan oleh pemandu memandu macam lahanat, macam celaka. Itu memang kita lihat selalu,” katanya dalam satu video Youtube.
Beliau berkata sedemikian sebagai respon kepada komentar berbaur perkauman di media sosial terhadap Loke. Ada juga yang mendesak agar Loke meletakkan jawatan.
“Kedua ialah penyelenggaraan kenderaan tidak dijaga dengan baik oleh syarikat-syarikat dan oleh sesiapa yang memiliki kenderaan.
“Kenapa menteri pula yang kamu salahkan? Apa yang dia boleh buat? Penyelenggaraan untuk penjagaan servis kenderaan – kenderaan tersebut adalah tanggungjawab siapa?
“Tanggungjawab menteri juga ke? Apa masalah dengan rakyat Melayu Malaysia yang buat komen bodoh-bodoh di media sosial, menyalahkan seorang menteri hanya kerana dia berbangsa Cina.
“Jadi kamu rasa berhak untuk membuat komen-komen yang rasis. Malulah sikit. Gunalah otak kamu sikit.
“Bila kamu buat komen begini, menunjukkan kamu tak gunakan otak.”
BACA JUGA: Apa berlaku pada pemandu bas ini selepas solat Jumaat esok?